° 🎀 𝓣𝓪𝓴 𝓴𝓮𝓷𝓪𝓵 𝓜𝓪𝓴𝓪 𝓽𝓪𝓴 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 🎀 °
𝐉𝐞𝐫𝐧𝐢𝐡 𝐚𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐠𝐚
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐫 𝐬𝐢 𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐫𝐢
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚
𝐀𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐲𝐮𝐫𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢
Apa itu isu kesalahan kata?
Klik video di bawah untuk fahami tentang isu kesalahan kata
Imbuhan Kata Pinjaman
Analisis kesalahan kata dalam media elektronik
1. Media Sosial (Twitter)
Pro- ialah imbuhan awalan pinjaman bahasa Yunani-Latin-Inggeris yang bermaksud menyokong atau menyebelahi. Dalam konteks ayat, awalan pro- tidak boleh dijarakkan dengan kata nama politik. Hal ini kerana kata nama tersebut bukan kata nama khas. Sepatutnya, pengguna tersebut perlu menulis "propolitik".
Dalam konteks ayat tersebut, pengguna Twitter menggunakan perkataan biadab yang bermaksud tidak ada adab. Awalan bi- merupakan imbuhan awalan pinjaman Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Pengguna tersebut menggunakan imbuhan tersebut dengan betul namun masih ada kesalahan kata di mana pengguna menulis asal perkataan "biadab" ditulis menjadi "biadap". Sepatutnya, penulis perlu menulis perkataan yang betul iaitu "biadab".
Pengguna mencampurkan bahasa Cina dalam ayat bahasa Melayu, iaitu menerusi leksikal "lanciau" untuk memaki. Keadaan tersebut bukan sekadar merosakkan nilai kesantunan berbahasa tetapi boleh menjadi provokasi untuk mencetuskan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Secara tidak sedar, mereka telah membangkitkan isu yang sensitif serta boleh merosakkan perpaduan. Hal ini bertepatan dengan pendapat Asmah Haji Omar (2004) yang menyatakan bahawa bahasa perlu digunakan dengan baik oleh masyarakat kerana bahasa merupakan medium perpaduan negara.
Rajah menunjukkan kesalahan ejaan pinjaman bahasa Arab yang mengikut Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (1984) di mana pengguna media sosial tersebut menggandakan huruf k dalam perkataan "tawakal". Daftar Kata Bahasa Melayu (2016) menggariskan kata serapan Arab iaitu "tawakal" tidak mempunyai gandaan huruf seperti yang dinyatakan dalam Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (1984). Sehubungan dengan perkara itu, ejaan yang betul ialah “tawakal”.
2. Media Sosial (Facebook)
Pengguna Facebook tersebut mengeja "klinik" menjadi "kelinik" di mana "klinik" merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris yang diserap dalam bahasa Melayu. Menurut Sushko (2011:49) kata asing merupakan kata-kata leksikal yang dibentuk daripada orang bukan penduduk asli di mana struktur fonem dan morfemnya tidak berubah dari bahasa asalnya. Jelaslah, ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penggunaan bahasa pinjaman perlu ditulis dengan betul agar tidak mengelirukan pengguna media sosial yang lain.
3. Media Sosial (Whatsapp)
Kata pinjaman "chat" merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman ini merupakan kata pinjaman tulen yang tidak mengalami asimilasi iaitu kata pinjaman yang tidak mengalami perubahan dalam sistem ejaan. Kata pinjaman chat digunakan oleh pengguna alam maya terutamanya dalam laman sosial yang merujuk kepada perbualan secara santai dan tidak formal. Selain itu, bahasa Inggeris dipilih kerana terma-terma bahasa Inggeris bagi bidang teknologi maklumat lebih 'mesra' kepada pengguna berbanding terma yang setara dalam Bahasa Melayu. Namun, pengguna tersebut boleh menggantikan perkataan "chat" dengan "mesej" atau "bersembang" bagi memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu.
4. Media Sosial (Youtube)
Dalam siaran langsung televisyen tersebut, pengguna mengunakan perkataan "dwibahasa" yang merupakan pinjaman imbuhan Sanskrit. Namun, terdapat kesalahan dalam penggunaan imbuhan kerana pengguna menjarakkan dwi dan bahasa, Sepatutnya, pengguna perlu merapatkan awalan dwi- dengan bahasa menjadi "dwibahasa". Buktinya, Nik Safiah Karim et al. (2015) telah menggariskan bahawa setiap imbuhan, sama ada imbuhan asli atau pinjaman, penggunaannya mestilah dirapatkan dengan kata dasar. Hal ini membuktikan penggunaan jarak antara imbuhan dan kata dasar adalah tidak diterima dalam penggunaan ayat bahasa Melayu yang betul.
Analisis kesalahan kata dalam media cetak
1.Teks perutusan khas
Teks di atas menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan pinjaman Sanskrit iaitu awalan pra- dalam teks perutusan khas oleh Perdana Menteri Malaysia. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus ditambah pada bentuk yang lain, iaitu kata dasar. Nik Safiah Karim et al. (2015) juga telah menggariskan bahawa tanda sempang (-) hanya perlu berada di antara imbuhan dengan kata yang huruf awalnya berhuruf besar atau kata nama khas. Sehubungan dengan perkara itu, ejaan yang tepat ialah “prauniversiti".
Teks di atas menunjukkan kesalahan ejaan kata pinjaman Arab iaitu "bertafakur". Penulis menggandakan huruf k sedangkan perkataan pinjaman tersebut tidak pelru digandakan huruf k tersebut. Buktinya, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992) dan Daftar Kata Bahasa Melayu (2016) menggariskan kedua-kedua kata ini tidak mempunyai gandaan huruf seperti yang dinyatakan dalam Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (1984). Sehubungan dengan perkara itu, ejaan yang betul ialah “bertafakur”.
Dalam teks tersebut, pengguna mengeja perkataan pinjaman Arab iaitu "Na'uzubillah" dengan tidak tepat. Bagi ejaan Rumi baharu, tanda koma atas (') ini digugurkan jika huruf membuka suku kata dalam sesebuah kata. Berpandukan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1975), kedua-dua tanda koma atas ini digugurkan dalam bahasa Melayu ejaan Rumi. Sehubungan dengan perkara itu, ejaan yang tepat ialah “Nauzubillah".
2. Papan tanda
Kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ini ialah menggunakan bahasa rojak, iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama. Menurut Noresah (2001), kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan dan papan iklan merangkumi kesalahan bahasa dari segi penggunaan bahasa asing, tidak menepati tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. “Handphone” merupakan perkataan bahasa Inggeris. Papan iklan di atas merupakan papan yang mengandungi campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sepatutnya perkataan “Handphone” itu ditukarkan kepada perkataan bahasa Melayu iaitu “Telefon Bimbit”.
Gambar berikut merupakan papan tanda segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka untuk dipamerkan di salah sebuah restoran. Ayat ini salah kerana perkataan ‘cashier’ iaitu kosa kata bahasa Inggeris digunakan dalam ayat tersebut. Sepatutnya perkataan juruwang perlu digunakan untuk menggantikan perkataan ‘cashier’. Menurut Siti Hajar Elah (2012), kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat awam. Jelaslah bahawa peniaga hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.
3. Poster jualan
Premis perniagaan di atas mempunyai kesalahan ejaan pada poster perniagaan mereka. Kesalahan ejaan dapat dikesan berlaku pada pelbagai perkara dan di mana-mana sahaja tidak terkecuali dalam penggunaan bahasa pada papan tanda perniagaan. Awang Sariyan (1995) menyatakan bahawa perkataan “perabot” merupakan pinjaman bahasa Jawa yang seharusnya dieja mengikut pola keselarasan pengecualian vokal. Oleh itu, perkataan "perabut" sepatutnya dieja sebagai "perabot".
4. Komik
Kata pinjaman "broken" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dalam ayat bahasa Melayu terutamanya bagi generasi muda. Bahasa Melayu itu sendiri kini mengalami satu bentuk transformasi yang memperlihatkan ratusan malah ribuan kata dan ungkapan baru mula tercipta oleh minda pengguna bahasa yang memang sedia kreatif (Noresah Baharom 2005). Hal ini menjelaskan bahawa kebanyakan generasi muda semakin gemar menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Sepatutnya, penulis perlu menggunakan perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan bahawa guru tersebut tidak fasih dalam berbahasa Inggeris.
5. Akhbar
Kata "otai" merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Kata ini merupakan singkatan kepada perkataan "old timer". Old timer membawa maksud orang lama iaitu merujuk pada seseorang yang telah lama bergiat dalam sesuatu bidang atau mempunyai banyak pengetahuan mengenai sesuatu perkara.
𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐛𝐚𝐲𝐚
𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐬𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚
𝐃𝐢 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐮𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢
𝓼𝓮𝓴𝓲𝓪𝓷 𝓽𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱
Rujukan
Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, pengajaran dan pemupukan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1995). Mari berbahasa baku; Sebutan baku dan ejaan rumi. Synergymate Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975). Pedoman umum ejaan Rumi bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Daftar kata bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norcsah Baharom. (2001). Kesalahan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 100-110.
Siti Hajar Elah. (2012). Gunakanlah bahasa Melayu dengan betul, tepat dan berkesan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sushko, G. M. 2011. Stilistik des Deutschen. Pedagogical University.

.png)

No comments:
Post a Comment